RUMAH
IQRO’
VISI
Mencetak
anak-anak muslim pandai membaca Al-Qur’an dan menjadi hafidz dan hafidzah,
mampu menghafal Al-Qur’an dengan baik
MISI
1.
Mendirikan Rumah Iqro’ sebagai basis pembelajaran dan menghafal Al-Qur’an
2.
Mengadakan kelas sore untuk mengisi waktu anak dengan kegiatan yang bermanfaat
3.
Membina dan memotivasi anak supaya dekat dengan Al-Qur’an.
LANDASAN
PEMIKIRAN
Sebuah
generasi yang rusak telah dihadapkan di depan mata. Generasi yang diserbu oleh
ghozwul fikri tanpa adanya benteng pertahanan yang kokoh didalam hatinya.
Ditambah dengan adanya fasilitas teknologi yang semakin memudahkan hubungan
satu sama lain, menyebabkan semakin sulitnya untuk membendung arus informasi.
Sebuah
generasi baru yang harus kita ciptakan, adalah generasi yang mempunyai
pertahanan iman yang matang. Yang tidak
akan terseret oleh datangnya arus informasi yang salah. Dia akan menjadi insan
beriman yang maju dengan teknologi, karena telah memiliki sebuah bekal yang
utama. Dan sebaik-baik bekalnya adalah Al-Qur’an.
KEUTAMAAN
1.MEREKA ADALAH KELUARGA ALLAH SWT.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Daripada Anas ra. Ia berkata
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Allah itu mempunyai
keluarga yang terdiri daripada manusia." Kemudian Anas berkata lagi, lalu
Rasulullah s.a.w bertanya: "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah. Baginda
menjawab: "Iaitu ahli Quran (orang yang membaca atau menghafal Al- Quran
dan mengamalkan isinya).Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang
istimewa bagi Allah.
2.DI TEMPATKAN SYURGA YANG PALING
TINGGI
Sabda rasulullah s.a.w:
"Daripada Abdullah Bin Amr Bin
Al Ash ra dari nabi s.a.w, baginda bersabda; Diakhirat nanti para ahli Al Quran
di perintahkan, "Bacalah dan naiklah kesyurga. Dan bacalah Al Quran dengan
tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat
tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca."
3.AHLI AL QURAN ADALAH ORANG YANG
ARIF DI SYURGA
Sabda rasulullah s.a.w
"Daripada Anas ra. Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Para pembaca
Al Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara penghuni syurga,"
4.MENGHORMATI ORANG YANG MENGHAFAL
AL QURAN BERERTI MENGAGUNGKAN ALLAH SWT.
Sabda rasulullah s..a.w
"Daripada Abu Musa Al Asya'ari ra.ia berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Diantara perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati Orang
Islam yang sudah tua, menghormati orang yang menghafal Al-Quran yang tidak
berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Quran tidak
di amalkan, serta menghormati kepada penguasa yang adil."
5.HATI PENGHAFAL AL-QURAN TIDAK DI SIKSA
Sabda rasulullah s.a.w.
" DaripadaAbdullah Bin Mas'ud
ra. Daripada nabi s.a.w. baginda bersabda: " bacalah Al Quran kerana Allah
tidak akan menyiksa hati orang yang hafal al-quran.
Sesungguhanya Al -Quran ini adalah
hidangan Allah, siapa yang memasukkunya ia akan aman. Dan barangsiapa yang
mencintai Al Quran maka hendaklah ia bergembira."
6.MEREKA LEBIH BERHAK MENJADI IMAM
DALAM SOLAT
Sabda rasulullah s.a.w. :
"DaripadaIbnu Mas'ud ra. Dari
Rasulullah s.a.w. beliau bersabda; "yang menjadi imam dalam solat suatu
kaum hendaknya yang paling pandai membaca Al Quran."
7.DISAYANGI RASULULLAH S.A.W
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Jabir Bin Abdullah
ra. Bahawa nabi s.a.w menyatukan dua orang daripada orang-orang yang gugur
dalam perang uhud dalam satu liang lahad.
Kemudian nabi s.a.w. bertanya,
"dari mereka berdua siapakah paling banyak hafal Al Quran?" apabila
ada orang yang dapat menunjukkan kepada salah satunya, maka nabi s.a.w memasukkan
mayat itu terlebih dahulu ke liang lahad."
8.DAPAT MEMBERIKAN SYAFAAT KEPADA
KELUARGA
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Ali Bin Abi Thalib
Karramallahu Wajhah ia berkata, "Barangsiapamembaca Al Quran dan
menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya kedalam syurga dan memberikannya
hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah di
tetapkan untuk masuk neraka."
9.PENGHAFAL AL QURAN AKAN MEMAKAI
MAHKOTA KEHORMATAN
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Abu Hurairah
ra.daripada nabi s.a.w. baginda bersabda: "orang yang hafal Al Quran nanti
pada hari kiamatnanti akan datang dan Al Quran akan berkata; "Wahai Tuhan
,pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru." Maka orang tersebut
di berikan mahkota kehormatan. Al Quran berkata lagi:
"Wahai Tuhan tambahlah
pakaiannya." Maka orang itu di beri pakaian kehormatannya. Al Quran lalu
berkata lagi, "Wahai Tuhan, redailah dia." Maka kepadanya di katakan;
"Bacalah dan naiklah." Dan untuk setiap ayat, ia di beri tambahan
satu kebajikan."
10.HAFAL AL QURAN MERUPAKAN BEKALAN
PALING BAIK.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada jabir bin nufair,
katanya rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya kamu tidak akan kembali
menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling baik daripada sesuatu yang
berasal daripada-Nya iaitu Al Quran.
11.ORANG TUA MEMPEROLEHI PAHALA
KHUSUS JIKA ANAKNYA PENGHAFAL AL QURAN.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Buraidah Al Aslami
ra, ia berkata bahawasanya ia mendengar Rasulullah s..a.w bersabda: "Pada
hari kiamat nanti, Al Quran akan menemui penghafalnya ketika penghafal itu
keluar dari kuburnya. Al Quran akan berwujud seseorang dan ia bertanya kepada
penghafalnya: "Apakah anda mengenalku?".
Penghafal tadi menjawab; "saya
tidak mengenal kamu." Al Quran berkata; "saya adalah kawanmu, Al
Quran yang membuatmu kehausan di tengah hari yang panas dan membuatmu tidak
tidur pada malam hari. Sesungguhnya setiap pedagang akan mendapat keuntungan di
belakang dagangannya dan kamu pada hari ini di belakang semua dagangan. Maka
penghafal Al Quran tadi di beri kekuasaan di tangan kanannya dan diberi
kekekalan ditangan kirinya, serta di atas kepalanya dipasang mahkota perkasa.
Sedang kedua orang tuanya diberi dua pakaian baru lagi bagus yang harganya
tidak dapat di bayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua orang tua itu
lalu bertanya: "kenapa kami di beri dengan pakaian begini?". Kemudian
di jawab, "kerana anakmu hafal Al Quran."
Kemudian kepada penghafal Al Quran
tadi di perintahkan, "bacalah dan naiklah ketingkat-tingkat syurga dan
kamar-kamarnya." Maka ia pun terus naik selagi ia tetap membaca, baik
bacaan itu cepat atau perlahan (tartil)
12.AKAN MENEPATI KELAS TERTINGGI DI
DALAM SYURGA.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Aisyah ra ia berkata,
bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; jumlah tingkatan-tingkatan syurga sama
dengan jumlah ayat-ayat Al Quran. Maka tingkatan syurga yang di masuki oleh
penghafal Al Quran adalah tingkatan yang paling atas, dimana tidak ada
tingkatan lagi sesudah itu.
SASARAN
Anak-anak
usia Sekolah Dasar yang bersungguh-sungguh ingin belajar menghafal Al-Qur’an
JENIS
KEGIATAN
Rumah
Iqro’ membuka kelas sore untuk belajar membaca Al-Qur’an dengan baik dan
menghafal Al-Qur’an
TARGET
1. Satu
tahun kedepan, siswa diharapkan mampu membaca Al-Qur’an dengan baik dan
menghafal 3 juz Al-Qur’an
2. Tahun
berikutnya, setiap tahun target minimal menghafal 5 juz Al-Qur’an
WAKTU
DAN TEMPAT
Rumah
Iqro’ bertempat di rumah Bp.Farhad Abbas Baraja/Sholihah Ja’far Baraja, jalan
Cilosari 220 Semanggi 01/14 Pasar Kliwon Solo 57117
Waktu
pelaksanaan : Setiap hari pukul 15.30 – 17.30 WIB
Tidak ada komentar:
Posting Komentar